Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang melayu , antaranya ialah rakyat biasa dan golongan istana. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan,Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Malaka dan Johor. Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil dari pada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau”, ”wau”, ”wau” secara berirama.
Permainan layang-layang atau wau amat digemari penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu.Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan,Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi diperbandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.
Sejarah Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan keaslian tarikh serta asal-usulnya.Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari Negara China. Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari Negara China.
Mitos permainan Wau
Permainan Wau dikaitkan dengan mitos “semangat padi” yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia yaitu negeri Kedah. Diceritakan bahwa ada sepasang suami istri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi sawah. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka berjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa..Oleh karena suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain yaitu di baluh padi. Perbuatan itu telah menyebabkan sang istri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburu itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin Barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi.Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahwa anak gadis mereka sebenarnya adalah “Semangat Padi” dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
0 komentar:
Posting Komentar